Tuesday 17 February 2015

Jaja & Bonie Maternity Photoshoot

Daddy Bonie & Mama Jaja photoshoot.

Mama Jaja

Mama Jaja likes flowers!

We are waiting for our twins.. 

Lokasi: Hubungi kami
Photographer: Camora Arts

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT atas segala nikmat dan limpah kurnianya kepada kami..
Isteri tercinta Nor Fazliza a.k.a Jaja kini mengandungkan anak kembar perempuan.. Yes!! Twins!

Amatlah suka gembira dan bersyukur kami sehingga terasa ingin abadikan kenangan mengandungkan zuriat kembar ini dengan satu sesi photoshoot. Setelah mencari-cari di internet dan facebook, Jaja terjumpa satu photographer yang glamour dan profesional iaitu Camora Arts.. 

Khidmat photoshoot yang diberikan oleh Camora Arts ini memang profesional dan puas hati. Sepanjang sesi photoshoot kami tidak merasa bosan dan sentiasa rasa gembira dengan PR mereka yang bagus dengan pelanggan. Camora Arts juga memahami kehendak kami dan memberi cadangan kepada kami pose mana yang baik dan mantap!

Insyaallah apabila dah selesai bersalin nanti, akan ada lagi satu sesi photoshoot zuriat kembar perempuan kami bersama Camora Arts!

Terima kasih!

Monday 21 October 2013

Bonie & Jaja Kasih Sejati @Stailista

Assalamualaikum & salam sejahtera..

Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam..

Dapatkan majalah Gerbang Perkahwinan "Stailista" edisi November 2013, bilangan 28.

 (Cover - Klik pada imej untuk besarkan)

(Kisah Kami dalam Majalah Stailista - Klik pada imej untuk besarkan)

Kredit:-

Wednesday 9 October 2013

Montaj Video Nikah & Resepsi JajaBonie @Kuantan


Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT dengan limpah kurnianya..
Montaj video majlis pernikahan & resepsi di Kuantan telah pun siap oleh AD Haina Studio. Dengan segala hormatnya rakan² dijemput untuk melihat montaj tersebut..

 
Videographer: AD Haina Studio

Video penuh sudah pun siap juga dalam bentuk DVD. 

Tuesday 30 April 2013

Penyatuan Dua Hati Menjadi Satu

Pertunangan (Alhamdulillah.. Selesai Dengan Baik)
Tarikh: 08 Jun 2013
Tempat: Bandar Indera Mahkota, Kuantan, Pahang

Pernikahan (Alhamdulillah.. Selamat Selesai)
Tarikh: 10 Ogos 2013
Tempat: Masjid Negeri, Kuantan, Pahang

Kenduri @ Sebelah Perempuan (Alhamdulillah meriah)
Tarikh: 11 Ogos 2013
Tempat: Dewan Utama, Wisma Belia, Indera Mahkota
FB Event: https://www.facebook.com/events/493340517416905

Kenduri @ Sebelah Lelaki (Alhamdulillah meriah)
Tarikh: 17 Ogos 2013
Tempat: Kediaman pengantin lelaki, Kuala Terengganu
FB Event: https://www.facebook.com/events/713338485358903





Hubungi jajabonie@gmail.com

Sekian, terima kasih semua ya =)